Bab 3: Verb To Have


Verb To Have ialah perbuatan yang menunjukkan "ada" berkenaan dengan "milik". Ia digunakan untuk menunjukkan kepunyaan seseorang, seseekor haiwan atau sesuatu benda.
Apa yang dikatakan Verb To Have ialah "Has" , "Have" , "Had" yang bermakna ada atau milik.

"Has" ialah SINGULAR bagi (present tense), ia digunakan kepada He, She, It dan semua (Subject) yang SINGULAR.
"Have" ialah PLURAL bagi (present tense), ia digunakan I, You, We, They dan semua (subject) yang PLURAL termasuk manusia, haiwan dan benda.
"Had" ialah SINGULAR dan PLURAL bagi (past tense), ia digunakan untuk semua (subject) yang PLURAL termasuk manusia, haiwan dan benda.

mari kita lihat contoh penggunaan.
Present TensePast Tense
I haveI had
You haveYou had
We haveWe had
They haveThey had
He hasHe had
She hasShe had
It hasIt had

Dari ketujuh-tujuk (pronouns) di atas, hanya 4 digunakan "Have" untuk (present tense) dan 3 digunakan "Has" untuk (present tense). Walaupun "I" adalah seorang, tetapi ia tetap digunakan "Have" kerana ianya adalah orang pertama (first person).

Jika (subject) ialah nama orang, haiwan atau benda yang SINGULAR, mestilah digunakan "Has" untuk (present tense) dan "Had" untuk (past tense). Contohnya:
MelayuPresent TensePast Tense
Ali adaAli hasAli had
Kucing adaCat hasCat had
Kereta ini adaThis car hasThis car had


Jika (subject) ialah nama orang, haiwan atau benda yang PLURAL, mestilah digunakan "Have" untuk (present tense) dan "Had" untuk (past tense).
MelayuPresent TensePast Tense
Ali dan Abu adaAli and Abu haveAli and Abu had
Kucing-kucing adaCats haveCats had
pokok-pokok adaTrees haveTrees had


Perlu diingat, jika ayat tersebut ialah PLURAL, INI dan ITU juga mestilah ditukarkan kepada PLURAL. Jika ayat tersebut SINGULAR, INI dan ITU juga mestilah SINGULAR. Contohnya:
MelayuEnglish
Budak perempuan itu ada...That girl has...
Budak-budak perempuan itu ada...Those girls have...


Sekian sahaja pembelajaran kita untuk "Verb To Have". Nantikan bab-bab yang seterusnya...

Comments

Post a Comment