Bab 8: Some

0 comments

Untuk kali ini, kita akan belajar mengenai SOME. Some mempunyai dua makna iaitu "SEDIKIT" atau "SESETENGAH".
SOME boleh digunakan dalam dua jenis ayat:
a)Ayat Pengakuan (Affirmative Sentences)
b)Ayat Pertanyaan (Interrogative Sentences)

SOME tidak boleh dipakai dalam ayat yang ada NOT, jika ayat tersebut ada NOT, mestilah dipakai ANY.
Disini contoh penggunaan SOME:

Bab 7: Got dan Any

0 comments

Kali ini kita akan mempelajari penggunaan "GOT". Ianya juga ditambah dalam ayat yang mengandungi NOT hanya untuk menyedapkan ayat sahaja tanpa memberi sebarang makna GOT itu.
Oleh itu, ANY juga ditambah selepas GOT hanya untuk menyedapkan ayat.Mari kita lihat contoh penggunaanya:

1. He has not got any book.
2. Those boys have not got any pencils
3. I have not got any pen.

Kesimpulannya adalah, penggunaan GOT dalam ayat NOT adalah hanya untuk menyedapkan lagi ayat tersebut dibaca atau ditulis.

Bab 6: Not Menggantikan No

0 comments

KITA sudah mempelajari penggunaan "NO" dengan Verb To Have. Kali ini kita belajar penggunaan NOT menggantikan NO.
Peraturan penggunaan NOT adalah, ianya mesti ditambah "A" atau "ANY" atau "THE" selepas perkataan NOT dihadapan objectnya.

Jika memakai "NOT", elok la menggunakan "ANY", kerana "ANY" dapat digunakan untuk ayat pertanyaan sama ada ayat itu mengandungi NOT atau tidak.

Mari kita lihat contoh penggunaannya:
NONOT
That boy has no penThat boy has not a pen
Those girls have no booksThose girls have not the books
I have no story booksI have not any story books
Ali has no brothers or sistersAli has not any brothers or sisters


Sekian saja pembelajar kita mengguanakan perkataan "NOT" menggantikan "NO".

Bab 5: Have no

0 comments

KALI ini kita akan pelajari cara membuat ayat menggunakan "has no" , "have no" dan "had no". peraturan membuat ayat adalah seperti berikut:

Subject + Verb To Have + No + Object

Kebiasaanya, dalam bahasa melayu, kita sering menyebut "Tidak Ada", tetapi berlainan dalam bahasa inggeris, ia disebut "Ada Tidak (Has no atau Have no)". Awasinya ketika menulis atau bercakap.
Jika (subject) adalah SINGULAR, kita mestilah memakai "HAS", jika (subject) adalah PLURAL, kita mestilah memakai "HAVE". Kedua-dua pengguanaan "HAS" dan "HAVE" ini adalah untuk Present Tense.
Berlainan untuk Past Tense, jika (subject) adalah SINGULAR atau PLURAL ianya tetap digunakan "HAD".

Mari kita lihat cara penggunaanya.

Bab 4: Pengunaan A" dan "AN"

0 comments

Kali ini kita akan belajar mengenai pengunaan "A" dan "AN". ia disebut sebagai penjodoh bilangan yang bermakna seorang, sebiji, seekor, sebatang dan lain-lain lagi yang membawa nilai 1.

"A" digunakan pada perkataan yang ejaan nya bermula dari huruf bukan vokal ( a, e, i, o, u ). Contohnya:
a Fox = seekor musang ( a bertemu dengan F )
a Chair = sebuah kerusi ( a bertemu dengan C )
a Teacher = seorang guru ( a bertemu dengan T )

Kadang-kala "A" juga digunakan pada permulaan huruf vokal tetapi huruf vokal tersebut tidak dibuyikan. Contohnya:

Bab 3: Verb To Have

0 comments

Verb To Have ialah perbuatan yang menunjukkan "ada" berkenaan dengan "milik". Ia digunakan untuk menunjukkan kepunyaan seseorang, seseekor haiwan atau sesuatu benda.
Apa yang dikatakan Verb To Have ialah "Has" , "Have" , "Had" yang bermakna ada atau milik.

"Has" ialah SINGULAR bagi (present tense), ia digunakan kepada He, She, It dan semua (Subject) yang SINGULAR.
"Have" ialah PLURAL bagi (present tense), ia digunakan I, You, We, They dan semua (subject) yang PLURAL termasuk manusia, haiwan dan benda.
"Had" ialah SINGULAR dan PLURAL bagi (past tense), ia digunakan untuk semua (subject) yang PLURAL termasuk manusia, haiwan dan benda.

Bab 2: Pronouns

0 comments

Kali ini kita akan belajar kata GANTI NAMA (Pronouns) iaitu menjadi asas dalam bahasa inggeris.
Apa yang perlu kita ketahui ialah, hanya ada 7 (Pronouns) dalam bahasa inggeris, iaitu:

  • I (saya)

  • You (awak)

  • We (kita)

  • They (mereka)

  • He ('dia' merujuk kepada lelaki)

  • She ('dia' merujuk kepada perempuan

  • It ('dia' merujuk kepada benda atau haiwan)