Bab 4: Pengunaan A" dan "AN"


Kali ini kita akan belajar mengenai pengunaan "A" dan "AN". ia disebut sebagai penjodoh bilangan yang bermakna seorang, sebiji, seekor, sebatang dan lain-lain lagi yang membawa nilai 1.

"A" digunakan pada perkataan yang ejaan nya bermula dari huruf bukan vokal ( a, e, i, o, u ). Contohnya:
a Fox = seekor musang ( a bertemu dengan F )
a Chair = sebuah kerusi ( a bertemu dengan C )
a Teacher = seorang guru ( a bertemu dengan T )

Kadang-kala "A" juga digunakan pada permulaan huruf vokal tetapi huruf vokal tersebut tidak dibuyikan. Contohnya:

a University = satu universiti ( a bertemu dengan U tetapi huruf U tidak dibunyikan, kerana ia disebut "yuniversiti" )
a European = seorang eropah ( a bertemu dengan E tetapi huruf E tidak dibuyikan, kerana ia disebut "yuropian" )

"AN" digunakan pada perkataan yang ejaan nya bermula dari huruf vokal ( a, e, i, o, u ). Contohnya:
an Uncle = sorang bapasaudara ( a bertemu dengan U )
an Object = satu objek ( a bertemu dengan O )

Kadang-kala "AN" juga digunakan pada permulaan huruf bukan vokal tetapi huruf tersebut tidak dibunyikan. Contohnya:
an Heiress = seorang waris ( a bertemu dengan H tetapi huruf H tidak dibunyikan, kerana ia disebut "eress" )
an Hour = satu jam ( a bertemu dengan H tetapi huruf H tidak dibunyikan, kerana ia disebut "awa" )

Selain perkataan yang diberikan diatas, masih terdapat banyak lagi perkataan yang seakan-akan digunakan "A" atau "AN".
untuk menggunakan "A" atau "AN", dengarlah bunyi pada awal perkataan tersebut, jika bunyi pada awal perkataan tersebut salah satu huruf vokal ( a, e, i, o, u ) maka gunakanlah "AN" jika tidak, gunakanlah "A".

"UFO" dimulakan dengan ejaan U tetapi sebutan awalnya adalah "YU", maka gunakanlah "A" , bukannya "AN". contoh ayatnya adalah:
"i saw a UFO last night". begitulah seterusnya cara penggunaan "A" dan "AN".

Sekian sahaja pembelajaran kita untuk kali ini, semoga kita berjumpa lagi di lain bab.

Comments

Post a Comment