Bab 1: Singular Dan Plural


Dalam pelbagai bahasa mesti terdapat nahunya tersendiri termasuk bahasa inggeris. Nahu dalam bahasa inggeris terbahagi kepada beberapa bahagian. Kali ini kita akan pelajari tentang "Singular" dan "Plural".

SINGULAR - ertinya adalah satu. Ia digunakan untuk manusia, benda atau binatang.
PLURAL - ertinya adalah lebih daripada satu. Ia merujuk kepada semua benda yang lebih daripada satu.

kebiasaanya penukaran daripada SINGULAR kepada PLURAL akan ditambah "s/es" di belakangnya. mari kita lihat contoh:

Penambahan "S" untuk menjadikan PLURAL
SingularPlural
PenPens
RulerRulers
TableTables


Jika (noun) berakhir dengan huruf "s","ch","sh","c","o" dan "x", ianya mesti ditambah "ES" pada akhir perkataan tersebut untuk menjadikan PLURAL:
Penambahan "ES" untuk menjadikan PLURAL
SingularPlural
BeachBeaches
GlassGlasses
BoxBoxes


Jika (noun) berakhir dengan huruf "Y" tetapi di hadapannya tiada huruf vokal(a,e,i,o,u) maka hendaklah ditukarkan huruf "Y" itu kepada "I" dan ditambah "ES" pada penghujungnya.
Penambahan "ES" untuk menjadikan PLURAL
SingularPlural
CryCries
ArmyArmies
FlyFlies


(noun) yang berakhir dengan huruf "F" atau "FE" hendaklah ditukarkan kepada "VES".
Penambahan "VES" untuk menjadikan PLURAL
SingularPlural
KnifeKnives
ThiefThives
WolfWolves


Terdapat juga sesetengah (noun) yang hurufnya berakhir dengan "F" hanya perlu ditambah "S" sahaja.
Penambahan "S" untuk menjadikan PLURAL
SingularPlural
ChiefChiefs
ReefReefs
roofRoofs


Terdapat juga sesetengah (noun) yang memerlukan penambahan yang berlainan jika ingin menjadikan ianya PLURAL.
Penambahan untuk menjadikan PLURAL
SingularPlural
ManMen
MouseMice
ChildChildren

Comments

Post a Comment