Bab 8: Some


Untuk kali ini, kita akan belajar mengenai SOME. Some mempunyai dua makna iaitu "SEDIKIT" atau "SESETENGAH".
SOME boleh digunakan dalam dua jenis ayat:
a)Ayat Pengakuan (Affirmative Sentences)
b)Ayat Pertanyaan (Interrogative Sentences)

SOME tidak boleh dipakai dalam ayat yang ada NOT, jika ayat tersebut ada NOT, mestilah dipakai ANY.
Disini contoh penggunaan SOME:

a) I have some story books.
b) That boy has some coloured pencils.
c) That girl has some ink.
d) That girl has not got any ink.

Jika SOME digunakan pada benda tidak boleh dikira (Uncountable Nouns) maka semua Countable Nouns tidak ada PLURAL. Semuanya mesti digunakan SINGULAR. Contohnya:
a) My mother has some sugar.
b) that boy has some ink.

Antara benda-benda tidak boleh dikira(Uncountable Nouns) ialah:
  • Sugar(gula)
  • Milk(susu)
  • Flour(Tepung)
  • Water(Air)
  • Oil(Minyak)
  • Rice(Beras)
  • Money(Wang)
  • Sand(Pasir)
  • Paper(Kertas)
  • Ink(Dakwat)
  • Pepper(lada hitam)


Biasanya benda Uncountable Nouns diisi di dalam bekas , guni atau tin , maka hendaklah dikira bilangan bekasnya seperti berikut:

SingularPlural
SackSacks
BagBags
TinTins
KilogramKilograms


a) I have two bags of rice
b) He has four tins of milk
c) Those men have five kilograms of sugar.
d) My mohter has a bag of flour.

Berkenaan dengan MONEY(wang), ianya dikira sebagai Uncountable Nouns walaupun ianya boleh dikira, ianya mestila digunakan SINGULAR. Tetapi berbeza dengan DOLLAR atau CENT, ia dikira sebagai Countable Nouns, ianya mestilah dipakai PLURAL.
Bagi perkataan dibawah, walaupun ianya boleh dikira tetapi ianya tetap dipakai SINGULAR kerana ianya tiada perkataan PLURAL. Perkataan itu ialah:

SingularPlural
Sheep(Biri-biri)Sheep
Deer(Rusa)Deer
Fish(Ikan)Fish(Jarang-jarang digunakan "Fishes")


Patutlah diambil ingatan antara Countable Nouns dan Uncountable Nouns dan cara-cara menggunanya mengikut peraturan nahu Bahasa Inggeris.

Comments

Post a Comment